Tips Waktu Berada di Universiti
Tahniah! Kepada adik-adik yang baru sahaja memulakan pengajian di universiti. Ini mengingatkan penulis kepada saat-saat tiga tahun berada di universiti sebagai mahasiswi. Memang rasa bangga yang sangat-sangat. Berikut merupakan tips daripada penulis untuk dijadikan rujukan atau diguna oleh adik-adik sewaktu menuntut ilmu di Menara Gading. 1. Aktifkan diri adik dengan mana-mana kelab yang terdapat di universiti adik,tidak kiralah di fakulti mahupun di kolej kediaman. Ini bukan sahaja membantu adik untuk terus mendapatkan kolej kediaman untuk tahun berikutnya tetapi juga membantu adik untuk mengasah bakat kepimpinan atau menambah skill adik yang boleh diguna untuk resume adik setelah tamat pengajian. 2. Assignment itu sangatlah penting. Buat yang terbaik untuk tugasan-tugasan yang diberi kerana assignments membawa 60% markah untuk kebanyakkan subjek. Banyak bukan? So, adik juga mestilah bijak memilih member kumpulan. Jangan jadi free rider sudah. 3. Tip ini untuk adik-a...