5 Wanita tidak layak bergelar Ibu
Ibu selalunya diangkat tinggi oleh mana-mana masyarakat di dunia ini. Namun begitu terdapat juga ibu yang tidak layak bergelar ibu sama sekali.
5 wanita bergelar ibu ini tidak layak untuk dipanggil ibu.
Susan Smith
Pada bulan Oktober 1994, kisah sedih ini menjadi topik perbualan hangat. Susan Smith mempunyai hati untuk membunuh dua anak kandungnya. Dia mengikat dua anak kecilnya di dalam kereta dan menenggelamkannya di tasik. Susan sanggup melakukan pembunuhan itu demi cintanya pada orang kaya di kampung halamannya, Tom Findlay.
Dia tidak mahu kedua-dua anaknya menghalang hubungannya dengan lelaki kaya itu. Susan juga menjadi ibu yang paling dibenci di Amerika Syarikat kerana perbuatan kejam ini.
Susan Smith dikenakan hukuman Penjara seumur hidup dengan kemungkinan pembebasan bersyarat setelah 30 tahun
China Arnold
Dia telah dijatuhkan hukuman penjara dua kali kerana kes penipuan dan penculikan, tetapi itu tidak menghalangnya. pada bulan September 2008, dia melakukan perbuatan keji yang sepertinya mustahil dilakukan oleh seorang ibu terhadap anak kandungnya.
China Arnold memanggang anaknya yang masih hidup dengan keadaan berada di bawah pengaruh dadah setelah bertengkar dengan ayah bayi itu. China meletakkan bayi itu di dalam ketuhar gelombang mikro dan menghidupkannya. Walaupun hanya beberapa minit, akibatnya telahmembawa maut kerana organ bayi yang bar berusia 28 hangus dengan cepat.
Dikenakan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.
Megan Huntsman
Megan Huntsman membunuh enam anaknya yang dia telah lahirkan antara tahun 1996 dan 2006. Dia membunuh anaknya dengan mencekiknya kemudian membungkus tubuh anaknya dengan plastik dan menguburkannya di rumah.
Megan mengakui bahawa tindakannya didorong oleh penagihan dadah dan tidak dapat menanggung keperluan enam anaknya yang ayahnya tidak diketahui.
Dipenjara seumur hidup.
Christine Gelineau
Christine Gelineau adalah seorang ibu yang berumur 30 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki yang tinggal bersamanya. Tidak diketahui sebabnya, Christine suka menyeksa anaknya sehingga anaknya mengalami luka bakar yang serius. Bukan itu sahaja, dia sering menyeksa anak-anaknya dengan pelbagai tindakan keji.
Bermula dari mencederakannya dengan hujung pen hingga mematahkan kaki budak lelaki itu. Christine malah membakar kemaluan dan puting anaknya dan hampir memotong alat kelaminnya. Polis mengetahui penderaan yang dilakukan Christine terhadap anaknya apabila seorang jiran melaporkan tentang penyiksaan yang dilakukan pada tahun 2013. Christine, ibu yang kejam itu akhirnya ditangkap.
Naica Gibson
Untuk melakukan pembedahan membesarkan payudaranya, dia membiarkan anak-anaknya kelaparan. Kejadian yang melibatkan Naica Gibson itu didedahkan pada tahun 2015. Naica, yang mempunyai empat anak, bergantung kepada bantuan kewangan dari kerajaan Britain.
Setiap bulan dia mendapat elaun 1, 357 pound (RM7438) yang mesti digunakan untuk sokongan anak, elaun rumah dan kredit cukai. Namun, dia menggunakan wang itu untuk keperluan yang tidak penting dan beranggapan dia layak menggunakan bantuan tersebut untuk kepentingan dirinya dan meminta 5000 pound lagi untuk meneruskan pembedahan.
Demi membesarkan payudaranya, dia tidak membayar pakaian dan kos persekolahan anak-anak.
Patutlah ada yang berkata semua wanita itu boleh melahirkan, namun tidak semua wanita layak untuk bergelar ibu.
Comments
Post a Comment